Jumaat, 27 Julai 2012

TIPS KECANTIKAN SEMULAJADI

Siapa tak nak cantik ? Setiap wanita inginkan kecantikan kann ?
Ini tips kecantikan semulajadi , bukan olahan mana2 make up :)


1. Cantik semulajadi

Senyum.Itulah awek muda yang semulajadi :))

2. Dapatkan  kulit  kuning/cerah
Korang kena ada asam jawa dan tepung jagung . Korang campurkan asam jawa dengan tepung tadi tuh biar sebati . pasal banyak mana korang agak2 lah banyak mana korang nak . Pastu korang lumurkan campuran tersebut kat kulit korang ( better kat badan je ok ) . Kalau kat muka , Aien tak try lagi . HAHA . kalau dah rasa kering , baru basuh (:

3. Langsing semulajadi
Senang tips nie . Korang just minum air suam sebanyak 7kali sehari . Jangan minum air sejuk kalau tak nak perut korang buncit . perut korang akan sentiasa kempis dan langsing tanpa sebarang ubat . Insyallah (:

4. Perut kempis
Pasal perut lagi nie . Huhu :) Yang nie mesti korang dah biasa amalkan , iaitu korang jangan makan berselang seli dengan air . korang minum air seteguk dahulu sebelum makan . Masa minum better korang jangan minum eh , kecuali tercekik lah . ahha . kalau tak minum , copp ! aku tak jamin . EHE :) selepas makan , baru minum air pulak ok .


5. Lembutkan rambut
Rambut adalah mahkota kedua wanita ! Jadi jagalah rambut macam korang jaga mahkota pertama korang tu . ehemm , harap korang faham . hehe , ok , korang buatkan air teh ( jangan ada gula pulak , nanti bersemut pulak rambut korang . hehe ) . korang jangan minum pulak :P korang biarkan air teh tuh sehingga ia suam . masa nak mandi , korang mandikanlah rambut korang dengan air teh suam tuh . pastu bilaskan dengan air mandian biasa :)

6. Dapatkan body shape ( perut )
Korang baring diatas katil/tilam/mana2 lah . korang takupkan kedua tapak tangan korang then letak dibelakang kepala korang . Pastu korang bangkit tubi sebanyak 13kali for better  *biar korang sangkutkan sedikit hujung kaki korang kat mana2 untuk proses memudahkan bangkit tubi* . tapi jangan runsing kalau selepas buat , korang rasa pening dan nak termuntah . Sebab memang macam tu kalau tak biasa buat.

7. Muluskan kulit muka
Selepas korang buat air teh tuh , korang jangan buang ampas dia ! Ia banyak menfaat . korang ambil ampas teh , korang gosokkan pada muka . For sure kulit muka korang sentiasa mulus .

8. Lembutkan muka/hindar daripadajerawat
Hanya mengguna timun , kulit muka korang akan sentiasa lembut/hindar daripada jerawat !
Korang potong timun tuh , korang letak atas muka korang . Buat macam pakai mask .
Masker timun :)

9. Haluskan/cantikkan wajah
Ada madu ? Bukan hanya dimakan , malah dijadikan bahan untuk mencantikkan muka .
Okeyy . Korang ambil madu . Macam biasa , korang sapu kat raut muka korang . Masker madu :)

10. Haluskan wajah
Korang ambil 4 buah carrot dan 5 sendok madu . Korang blender carrot dan campurkan dengan madu . Thenn korang oleskan pada muka korang selama 10-15 minit . Kemudian , bilas dengan air :)


11. Segarkan muka dengan masker epal
Kupas sebuah epal besar lalu rebus epal agar epal menjadi lembut. Setelah mendidih angkat dan bairkan ia sejuk sedikit , tambahkan madu sebanyak 5 sendok teh, aduk hingga benar-benar tercampur. Pastu korang oleskan pada muka seperti masker :) biarkan selama 10minit ok . Pastu bilas lah dengan air biasa .


12. Segarkan rambut
Korang campurkan 2 sendok madu dengan 3 sendok minyak zaitun . Korang ramas kat kepala korang . Bila sudah 10-15 minit , korang keringkan dengan tuala . Bukan digosok, tapi ditepuk ok .

13. Lebatkan/cantikkan rambut
Korang ambil beberapa daun lidah buaya . Korang buang daun ditepinya , then korang belah dua biar nampak lendirnya . Korang basahkan rambut korang dengan air ( better hotter  water ) . Korang usapkan lendir lidah buaya diatas rambut korang . Picit kepala korang selama 15 minit,then korang bilas dengan air .

14. Lebatkan bulu kening/bulu mata
Ambil daun lidah buaya . Belahkan daun tersebut sehingg lendirnya keluar . Then , korang sapukan lendir tuh kat bulu kening dan bulu mata korang tau tau!!

15. Buang jeragat/mana2 kotoran pada muka
Selepas korang makan pisang , Aien mintak korang jangan buang kulit pisang ! Please :|
Sebab kulit pisang banyak faedahnya . Korang oleskan kulit pisang dari bawahnya ke raut muka korang . Tunggu sehingga ia kering , pastu korang bilas dengan air .

16. Hilangkan blackhead kat hidung
Korang ambil putih telur . Then korang celupkan sehelai tisu , rendam dalam putih telur tuh . Tisu tuh korang buat lah bentuk sikit ( empat segi tepat ) . Then , korang letakkan tisu yang bercampur dengan putih telur tadi letak atas hidung/muka korang . tunggu sehingga ia kering , baru bilas muka dengan air !

17. Tips hilangkan kesan hitam bawah mata
Korang potong sebiji timun tapi korang ambil dua potong je . thenn korang letak atas mata korang ( baring ) . korang boleh buat tips nih sambil korang menenangkan fikiran korang (:


18. Tegangkan kulit muka
Korang guna sebijik telur . Ambil putih telur tuh . Korang sapukan putihtelur tuh kat muka korang . memang lah agak 'sedap'  baunya , haha . Tapi korang nak cantik tak ni ? Ok . Biarkan 20minit , then basuh muka korang dengan air bersih (:

19. Lesung pipit
Haa , pasti ada yang tak percaya bukan ?? Saya pun taktau , tapi saya dah buat sekali . memang menjadi weh ! Tapi tak nampak sangat , so buatlah banyak kali :) Saya hanya berkongsi ok . Korang keluar rumah , korang ambil daun betik tua . Then korang tumbuk daun tersebut sehinga lumat , biar keluar air dia . Sedikit pun jadilah . Pastu korang perahkan air dia sehingga daun betik jadi kering , then korang ambil ampas daun tuh . korang sapu kat mana2 tempat sekitar bibir yang korang nak . Selamat mencuba ! (:

20. Licinkan / merahkan bibir

Mesti cantik dan seksi kan punya bibir merah ? Saya buat tips nie khas untuk my sahabat AIMI. okey . Mudah je . Korang ambil marjerin dan sapukan pada bibir korang sebelum tidur ( better ) . Senang kann ? Tapi buat selalu lah kalau nak hasil yang terbaik .






Thanks For Reading!!Lain Kali Rajin-Rajinlah Singgah Blog Aien Ni Okey?

Tiada ulasan: