Selasa, 18 September 2012

5 Perkara Tentang Ain

Annyeonghaseyo .Sebenarnya dah lama Ain tak jenguk blog pink Ain ni . Hari ni Ain cuma nak share tentang apa yang korang tak tau pasal Ain ..

1.Ain suka baca komik Jepun maksudnya macam komik Doraemon , Shin Chan & Conan . Tapi komik yang paling banyak kat bilik Ain ialah komik DORAEMON ! Kalau tak caye ,cuba try test pegi kat rumah Ain .

2.PINK ! Itulah warna favourite Aien . Kebanyakannya barang Ain 60% ialah warna PINK . Najwa Latif pon minat colour pink tau !

3.Ain suka lagu K-Pop .Lagi , Ain suka tengok cerita Running Man , Star King , dan cerita baru Korea kat channel 393 , To The Beautiful You .Memang best cerita tu sampai Amy ngan Afiq pun suka tengok setiap minggu . Pelakonnya Minho (Shinee) & Sulli (fx) .Kalau pasal K-Pop pulak , Ain lebih suka lagu Super Junior .
4.Japan snack ! Itulah yang Ain selalu beli kat Daiso Japan,IOI Mall . Kalau tak kat Daiso , Ain akan beli kat 7-Eleven . Tapi , kengkawan Ain semua suka makan Koala's March Chocolate . Kalau Amy pulak dia suka snack Shin Chan .


5.Ain malas kat rumah tapi rajin kat sekolah .Kat sekolah tu maknanya kat library sebab Ain kan bertugas kat library .Tapi kadang-kadang Ain rajin jugak lah kat rumah ..hihihi ,sikit je rajin nye .

Ok lah . Ain nak pegi sekolah ni . Bye ! 







Thanks For Reading!!Lain Kali Rajin-Rajinlah Singgah Blog Aien Ni Okey?

Rabu, 29 Ogos 2012

Style Rambut Pelik atau Menarik?















Itu je lah untuk hari ni...Thanks kerana sudi membaca entry Aien kali ni..Bye !

Thanks For Reading!!Lain Kali Rajin-Rajinlah Singgah Blog Aien Ni Okey?

Jumaat, 17 Ogos 2012

Resepi Kentang Putar

Annyeonghaseyo ! Kali ni Ain nak share resepi cara nak buat kentang putar @ mashed potato yang macam kat KFC tu . Resepinya amatlah mudah , senang dan yang paling penting sedap . Sesiapa yang suka makan mashed potato memang direkemenkan masak sendiri sebab boleh makan sepuas hati .
Bahan-bahan Resepi Kentang Putar (Kentang):
8 biji kentang
1 kotak kecil susu segar
Sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar)
Secukup rasa serbuk lada hitam dan lada sulah
Cara-caranya
1. Kentang dikupas kulitnya dan dipotong 2. Masukkan kentang ke dalam periuk dan rebus dengan air yang secukupnya sehingga kentang tenggelam. Rebus dalam masa lebih kurang 20 minit.
2. Bila kentang sudah empuk, toskan air dan letakkan semula di atas api supaya lebihan air dapat dikeringkan. Dah kering boleh alihkan dari atas api.
3. Masukkan sedikit butter dalam kentang dan lenyek.
4. Masukkan lada sulah dan lada hitam mengikut citarasa. Kalau nak pedas boleh letak lebih.
5. Tuangkan susu sikit demi sedikit (ikut citarasa sebab fungsi susu ini untuk buat mashed potato rasa berlemak dan gebu) dan lenyek lagi sehingga rata.
Bahan-bahan Resepi Sos (Gravy) Kentang Putar:
1 labu bawang besar (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
4 sudu butter
2 sudu tepung jagung (bancuh dengan sedikit air panas)
2 kiub ayam knorr
Secukup rasa serbuk lada hitam dan sulah
2 1/2 cawan air
Cara-caranya
1. Cairkan butter dalam kuali dan tumiskan bawang. Biarkan dia caramelized (bertukar warna sedikit perang (warna caramel))
2. Masukkan bancuhan tepung jagung dan tumis sehingga tepung jadi warna coklat atau sehingga warna sos yang korang suka.
3. Masukkan air dan kacau sehingga sebati.
4. Masukkan kiub ayam dan juga masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa mengikut citarasa.
5. Kalau kuah terlalu pekat, tambahkan lagi sedikit air.
6. Kacau sehingga rata dan tutup api. Jika sos kentang putar berketul, masukkan sos ke dalam blender dan blend sampai tak berketul. Siap, hidangkan sos yang dah siap bersama kentang putar.
SELAMAT MENCUBA !

Thanks For Reading!!Lain Kali Rajin-Rajinlah Singgah Blog Aien Ni Okey?

Rabu, 1 Ogos 2012

JAPAN BOY

Macam biasa lah kan , setiap hari Ain akan tengok video Jepun kat Youtube .
Pastu ada sorang budak Jepun ni , perangai dia cam bangang tau .
Nak tau kenapa dia bangang??
Tengok lah video bawah ni !

Thanks For Reading!!Lain Kali Rajin-Rajinlah Singgah Blog Aien Ni Okey?

Jumaat, 27 Julai 2012

TIPS KECANTIKAN SEMULAJADI

Siapa tak nak cantik ? Setiap wanita inginkan kecantikan kann ?
Ini tips kecantikan semulajadi , bukan olahan mana2 make up :)


1. Cantik semulajadi

Senyum.Itulah awek muda yang semulajadi :))

2. Dapatkan  kulit  kuning/cerah
Korang kena ada asam jawa dan tepung jagung . Korang campurkan asam jawa dengan tepung tadi tuh biar sebati . pasal banyak mana korang agak2 lah banyak mana korang nak . Pastu korang lumurkan campuran tersebut kat kulit korang ( better kat badan je ok ) . Kalau kat muka , Aien tak try lagi . HAHA . kalau dah rasa kering , baru basuh (:

3. Langsing semulajadi
Senang tips nie . Korang just minum air suam sebanyak 7kali sehari . Jangan minum air sejuk kalau tak nak perut korang buncit . perut korang akan sentiasa kempis dan langsing tanpa sebarang ubat . Insyallah (:

4. Perut kempis
Pasal perut lagi nie . Huhu :) Yang nie mesti korang dah biasa amalkan , iaitu korang jangan makan berselang seli dengan air . korang minum air seteguk dahulu sebelum makan . Masa minum better korang jangan minum eh , kecuali tercekik lah . ahha . kalau tak minum , copp ! aku tak jamin . EHE :) selepas makan , baru minum air pulak ok .


5. Lembutkan rambut
Rambut adalah mahkota kedua wanita ! Jadi jagalah rambut macam korang jaga mahkota pertama korang tu . ehemm , harap korang faham . hehe , ok , korang buatkan air teh ( jangan ada gula pulak , nanti bersemut pulak rambut korang . hehe ) . korang jangan minum pulak :P korang biarkan air teh tuh sehingga ia suam . masa nak mandi , korang mandikanlah rambut korang dengan air teh suam tuh . pastu bilaskan dengan air mandian biasa :)

6. Dapatkan body shape ( perut )
Korang baring diatas katil/tilam/mana2 lah . korang takupkan kedua tapak tangan korang then letak dibelakang kepala korang . Pastu korang bangkit tubi sebanyak 13kali for better  *biar korang sangkutkan sedikit hujung kaki korang kat mana2 untuk proses memudahkan bangkit tubi* . tapi jangan runsing kalau selepas buat , korang rasa pening dan nak termuntah . Sebab memang macam tu kalau tak biasa buat.

7. Muluskan kulit muka
Selepas korang buat air teh tuh , korang jangan buang ampas dia ! Ia banyak menfaat . korang ambil ampas teh , korang gosokkan pada muka . For sure kulit muka korang sentiasa mulus .

8. Lembutkan muka/hindar daripadajerawat
Hanya mengguna timun , kulit muka korang akan sentiasa lembut/hindar daripada jerawat !
Korang potong timun tuh , korang letak atas muka korang . Buat macam pakai mask .
Masker timun :)

9. Haluskan/cantikkan wajah
Ada madu ? Bukan hanya dimakan , malah dijadikan bahan untuk mencantikkan muka .
Okeyy . Korang ambil madu . Macam biasa , korang sapu kat raut muka korang . Masker madu :)

10. Haluskan wajah
Korang ambil 4 buah carrot dan 5 sendok madu . Korang blender carrot dan campurkan dengan madu . Thenn korang oleskan pada muka korang selama 10-15 minit . Kemudian , bilas dengan air :)


11. Segarkan muka dengan masker epal
Kupas sebuah epal besar lalu rebus epal agar epal menjadi lembut. Setelah mendidih angkat dan bairkan ia sejuk sedikit , tambahkan madu sebanyak 5 sendok teh, aduk hingga benar-benar tercampur. Pastu korang oleskan pada muka seperti masker :) biarkan selama 10minit ok . Pastu bilas lah dengan air biasa .


12. Segarkan rambut
Korang campurkan 2 sendok madu dengan 3 sendok minyak zaitun . Korang ramas kat kepala korang . Bila sudah 10-15 minit , korang keringkan dengan tuala . Bukan digosok, tapi ditepuk ok .

13. Lebatkan/cantikkan rambut
Korang ambil beberapa daun lidah buaya . Korang buang daun ditepinya , then korang belah dua biar nampak lendirnya . Korang basahkan rambut korang dengan air ( better hotter  water ) . Korang usapkan lendir lidah buaya diatas rambut korang . Picit kepala korang selama 15 minit,then korang bilas dengan air .

14. Lebatkan bulu kening/bulu mata
Ambil daun lidah buaya . Belahkan daun tersebut sehingg lendirnya keluar . Then , korang sapukan lendir tuh kat bulu kening dan bulu mata korang tau tau!!

15. Buang jeragat/mana2 kotoran pada muka
Selepas korang makan pisang , Aien mintak korang jangan buang kulit pisang ! Please :|
Sebab kulit pisang banyak faedahnya . Korang oleskan kulit pisang dari bawahnya ke raut muka korang . Tunggu sehingga ia kering , pastu korang bilas dengan air .

16. Hilangkan blackhead kat hidung
Korang ambil putih telur . Then korang celupkan sehelai tisu , rendam dalam putih telur tuh . Tisu tuh korang buat lah bentuk sikit ( empat segi tepat ) . Then , korang letakkan tisu yang bercampur dengan putih telur tadi letak atas hidung/muka korang . tunggu sehingga ia kering , baru bilas muka dengan air !

17. Tips hilangkan kesan hitam bawah mata
Korang potong sebiji timun tapi korang ambil dua potong je . thenn korang letak atas mata korang ( baring ) . korang boleh buat tips nih sambil korang menenangkan fikiran korang (:


18. Tegangkan kulit muka
Korang guna sebijik telur . Ambil putih telur tuh . Korang sapukan putihtelur tuh kat muka korang . memang lah agak 'sedap'  baunya , haha . Tapi korang nak cantik tak ni ? Ok . Biarkan 20minit , then basuh muka korang dengan air bersih (:

19. Lesung pipit
Haa , pasti ada yang tak percaya bukan ?? Saya pun taktau , tapi saya dah buat sekali . memang menjadi weh ! Tapi tak nampak sangat , so buatlah banyak kali :) Saya hanya berkongsi ok . Korang keluar rumah , korang ambil daun betik tua . Then korang tumbuk daun tersebut sehinga lumat , biar keluar air dia . Sedikit pun jadilah . Pastu korang perahkan air dia sehingga daun betik jadi kering , then korang ambil ampas daun tuh . korang sapu kat mana2 tempat sekitar bibir yang korang nak . Selamat mencuba ! (:

20. Licinkan / merahkan bibir

Mesti cantik dan seksi kan punya bibir merah ? Saya buat tips nie khas untuk my sahabat AIMI. okey . Mudah je . Korang ambil marjerin dan sapukan pada bibir korang sebelum tidur ( better ) . Senang kann ? Tapi buat selalu lah kalau nak hasil yang terbaik .






Thanks For Reading!!Lain Kali Rajin-Rajinlah Singgah Blog Aien Ni Okey?

Rabu, 18 Julai 2012

KYUHYUN(SuJu)



Salam semua..^_^ Hari ni Aien cuma nak share about 'my boyfriend' yang paling handsome and cute di dunia iaitu Kyuhyun dari kumpulan Super Junior!!Just Nawa,Aimi & Amy je yang tahu pasal ni..Kesian diaorang  sebab kena dengar tiap2 hari pasal Kyuhyun..hahaha..Kalau korang nak tahu sangat kenapa Aien tergila-gilakan dia sangat,tengok lah video bawah tu..Oklah!!Bye :)


Thanks For Reading!!Lain Kali Rajin-Rajinlah Singgah Blog Aien Ni Okey?

Selasa, 10 Julai 2012

PATUNG POPULAR DI DUNIA



Today Aien nak tunjuk antara PATUNG POPULAR DI DUNIA..Jom kita tengok sama-sama!!


         Patung Statue of Liberty, New York.       

 Patung Abraham Lincoln, Washington DC. 

Patung Sphinx, Giza, Egypt.

Patung Leshan Giant Buddha, Sichuan, China

Patung Christ the Redeemer, Rio de Janeiro, Brazil

Patung Moai, Easter Island

Patung Admiral Horatio Nelson, Trafalgar Square, London

Patung Genghis Kan, Ulan Bator, Mongolia

Thanks For Reading!!Lain Kali Rajin-Rajinlah Singgah Blog Aien Ni Okey?

Isnin, 9 Julai 2012

BEG KARTUN??



Hai everyone!!:)Korang pernah tak tengok BEG KARTUN??Haaa!!Meh sini Aien nak tunjuk!!
















 Kalau korang berminat,beg kartun ni boleh dibeli di http://www.jumpfrompaper.us/.Kalau cakap pasal harganya,agak mahal lah jugak..

Thanks For Reading!!Lain Kali Rajin-Rajinlah Singgah Blog Aien Ni Okey?